• Pelancongan Pulau di Malaysia

Editor : Jabil Mapjabil, Yahaya Ibrahim, Tan Wan Hin

Harga : 48.00

ISBN : 978-967-0468-62-4

Tahun terbitan : 2014

Bil. muka surat : 310 muka surat

Ebook version : https://www.e-sentral.com/book/info/96077/pelancongan-pulau-di-malaysia

Buku Pelancongan Pulau di Malaysia adalah karya suntingan yang meneliti tentang perkembangan dalam pembangunan, pengurusan dan implikasi pelancongan pulau di Malaysia daripada pelbagai isu dan perspektif. Buku ini terdiri daripada EMPAT bahagian, iaitu:

Bahagian A : Pembangunan Pelancongan di Pulau Peranginan

Bahagian B : Pengurusan Ciri Tarikan dan Kemudahan Pelancongan Pulau

Bahagian C : Implikasi Pembangunan Pelancongan Pulau

Bahagian D : Isu Pelancong Antarabangsa dan Pulau Terpilih

Buku ini memberikan manfaat dan amat berguna kepada mereka yang ingin mengkaji atau memperolehi pengetahuan lanjut tentang topik pelancongan pulau khususnya dalam konteks pembangunan, pengurusan dan implikasinya di Malaysia. Ia meliputi pelbagai pendekatan penulisan dan penghujahan dari yang bersifat konseptual sehinggalah kepada kajian kes terpilih. Justeru, buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pelbagai pihak sama ada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan pengajian tinggi seperti para pensyarah, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah mahupun mereka yang terlibat dalam pengurusan dan perlaksanaan dasar yang berkaitan dengan bidang pelancongan dan kajian pelancongan pulau di Malaysia. Buku ini juga sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pelancongan termasuklah pendidik dan pelajar sekolah menengah.

 

 

Write a review

Please login or register to review

Pelancongan Pulau di Malaysia

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0468624
  • Availability: In Stock
  • RM48.00


Tags: 978-967-0468-62-4