• Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Manusia dan Persekitarannya: Isu dan Cabaran

Penulis : Mohd Hairy Ibrahim, Haryati Shafii, Koh Liew See

Harga : 41.00

ISBN : 978-967-0764-34-4

Tahun terbitan : 2015

Bil. muka surat : 195 muka surat

Ebook version : https://www.e-sentral.com/book/info/203359/pengaruh-cuaca-dan-iklim-terhadap-manusia-dan-persekitarannya-isu-dan-cabaran

Buku ini merupakan hasil pengumpulan 11 kertas kerja yang berkaitan dengan pengaruh cuaca dan iklim terhadap manusia dan persekitarannya. Secara lebih khususnya, buku ini memfokuskan kepada isu dan cabaran dalam pengaruh cuaca dan iklim terhadap manusia dan persekitaran. Selain itu, terdapat juga kertas kerja yang membincangkan tentang isu perubahan iklim dan isu pemanasan global. Buku ini membincangkan sedikit sebanyak mengenai corak taburan suhu di Malaysia terutama di kawasan bandar dan perkaitan antara pengaruh cuaca terhadap kejadian banjir dan faktor iklim dalam mempengaruhi kadar hakisan tanah. Kesemua kertas kerja ini sangat relevan dengan situasi semasa iaitu  perubahan iklim semakin menjadi-jadi pada masa kini sehingga memberi kesan terhadap manusia dan persekitarannya. Oleh itu, kajian-kajian yang dilakukan oleh para penulis adalah berdasarkan pemerhatian, pencerapan dan penyelidikan yang telah dilakukan di lapangan. Dengan itu, aspek kaji iklim ini amat penting diambil kira memandangkan kesannya amat besar terhadap manusia dan persekitarannya supaya alam ini terus terpelihara dan menjamin kelestarian alam semula jadi.

Buku ini sesuai untuk dijadikan bahan pembacaan semua lapisan masyarakat yang ingin mengetahui dan meluaskan pengetahuan mengenai bidang kaji iklim terhadap manusia dan persekitaran. Buku ini juga boleh dijadikan bahan rujukan ilmiah oleh segenap lapisan pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Perguruan, ahli akademik, penyelidik, badan bukan kerajaan dan masyarakat khususnya kepada mereka yang berminat dalam bidang kaji iklim, mikroiklim, meteorologi, geografi fizikal dan pengurusan alam sekitar. Melalui pembacaan buku ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara alam semula jadi dan dapat dikongsi bersama dengan masyarakat lain. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

 

Write a review

Please login or register to review

Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Manusia dan Persekitarannya: Isu dan Cabaran

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0764344
  • Availability: In Stock
  • RM41.00


Tags: 978-967-0764-34-4