• Penerokaan Dan Pembangunan Kerangka Kecemerlangan Bakat Bekerja Bagi Pelajar TVET

Penulis : Amanina Muhamad Sanusi, Saifullizam Puteh


Harga : RM 72.00


ISBN : 978-967-0061-89-4


Tahun Terbit : 2023


Bil. Muka Surat :  310


Buku ini merupakan sebuah kajian berkaitan ke arah penghasilan pelajar cemerlang yang berbakat di institusi pengajian tinggi. Melalui buku ini pelbagai kaedah penguasaan pelajar terhadap bakat kemahiran tinggi dapat digunakan dalam usaha menjadikan pelajar TVET berbakat dalam bekerja. Malahan juga, mampu menjadikan pelajar TVET lebih berdaya saing menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Usaha dilakukan bagi menghasilkan sebuah buku ilmiah berkaitan dengan bakat bekerja bagi mendorong potensi din dan kemampuan seseorang individu bagi menghasilkan kemahuan din dan minat dalam sesuatu bidang. 

Kecemerlangan Bakat Bekerja adalah satu penyelidikan yang amat menarik untuk dilaksanakan kajian lanjutan. Di mana topik penyelidikan bakat yang telah lama wujud sejak berabad dalam bidang pendidikan. Seiring dengan perubahan revolusi, maka corak modal insan turut berubah serentak dengan keperluan dan kehendak pekerjaan di industri. Oleh itu, masa depan negara Malaysia juga amatlah bergantung kepada pembangunan modal insan berbakat dan berkemahiran.

Semoga dengan adanya perkongsian ilmiah berkaitan pembangunan kerangka konsep Kecemerlangan Bakat Bekerja ini dapat memberikan sumbangan yang signifikan kepada pihak yang berkepentingan untuk dijadikan rujukan bagi meningkatkan kualiti pelajar TVET melalui Kerangka Kecemerlangan Bakat Bekerja dalam melahirkan graduan berbakat seiring dengan kemahuan pihak industri. 

Write a review

Please login or register to review

Penerokaan Dan Pembangunan Kerangka Kecemerlangan Bakat Bekerja Bagi Pelajar TVET

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0061894
  • Availability: In Stock
  • RM72.00


Tags: 978-967-0061-89-4