• Pengurusan Projek Pembinaan

Authors : Noor Khazanah A Rahman, Hasniza Abu Bakar, Shamsulakmar Abdul Munir


Price : 50.00


ISBN : 978-629-7566-17-7


Year of publish : 2023


No. of pages : 173


Projek yang berjaya memerlukan pengurusan yang cekap bagi memastikan kehendak pelanggan dipenuhi dari segi kos, masa dan kualiti. Ia memerlukan kerjasama dari semua pihak yang terlibat sama ada pihak atasan dan bawahan. Elemen pengurusan dalam proses pengurusan hendaklah diaplikasikan dalam setiap peringkat pembinaan. Pelbagai kaedah pengurusan. perlu digunakan supaya semuanya berjalan secara teratur mengikut perancangan.

Organisasi perlu disusun mengikut kesesuaian projek dan pemilihan Pengurus Projek hendaklah dibuat dengan teliti dengan menimbangkan banyak perkara supaya kelancaran projek dan masalah dapat ditangani dengan baik. Pengurusan tapak juga tidak boleh dipandang ringan kerana di situlah terlaksana impian pelanggan. Banyak perkara perlu dipantau terutamanya dari segi pengurusan sumber dan kemajuan projek supaya ia mengikut perancangan dan penjadualan. Penjadualan ini akan dapat membantu dalam mengawal masa, kos dan kualiti.

Bagi memastikan kehendak pelanggan dan kawalan projek dapat dilaksanakan, pengauditan semasa dan selepas projek akan dapat meningkatkan langkah berjaga-jaga kepada kontraktor. Semakin banyak dapatan audit, ini menunjukkan prestasi kontraktor dan projek yang disiapkan kurang memuaskan pelanggan. Pengauditan ini juga dapat membantu bagi penambahbaikan projek dimasa akan datang.

Write a review

Please login or register to review

Pengurusan Projek Pembinaan

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 7566177
  • Availability: In Stock
  • RM50.00


Tags: 978-629-7566-17-7