Authors : Suhaizal Hashim, Mohd Zulfadli Rozali


Price : 46.00


ISBN : 978-629-7566-16-0


Year of Publish : 2023


No. of Pages : 139


Buku ini terhasil berdasarkan hasrat untuk berkongsi sedikit pengetahuan mengenai pembangunan pemahaman kritis dan praktikal tentang pengurusan dan pembangunan sukan, kejurulatihan, pendidikan jasmani, sosiologi serta psikologi sukan terutamanya dalam bidang pengurusan sukan dan kejurulatihan di Malaysia. Kandungan dalam buku ini memberi peluang untuk membangunkan pemahaman asas tentang pengurusan dan pembangunan sukan., kejurulatihan, pendidikan jasmani, sosiologi dan psikologi sukan. Selain itu, buku ini akan membantu untuk membangunkan pemahaman lanjutan tentang sekurang-kurangnya satu daripada bidang kajian dalam sukan dengan mempertimbangkan sumbangannya kepada masyarakat serta menilai bagaimana aktiviti sukan boleh dipertingkatkan di masa hadapan.

Bidang pengurusan dan kejurulatihan sukan berubah dengan pantas. Badan sukan profesional memerlukan kakitangan pengurusan dan kejurulatihan untuk mempunyai pemahaman yang sangat baik tentang sukan pilihan mereka, serta kemahiran menguruskan perniagaan yang kukuh. Selain itu buku ini dapat membantu menarik minat pembaca untuk bersukan atau melatih sukan serta mereka yang mahukan kerjaya dalam perniagaan dan pantadbiran sukan. Ia terbuka kepada individu dari semua latarbelakang kebolehan dan bukan hanya kepada mereka dalam kategori elit sahaja. Justeru, perkongsian ini amat bermakna bagi membantu setiap individu mencorak masa hadapan masing-masing.

Write a review

Please login or register to review

Pengurusan Sukan dan Kejurulatihan

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 7566160
  • Availability: In Stock
  • RM46.00


Tags: 978-629-7566-16-0