• Spektroskopi Inframerah : Aspek Praktikal

Penulis : Azmi Md. Rais

Harga : 30.00

ISBN : 978-967-0468-47-1

Tahun terbitan : 2014

Bil. muka surat : 157 muka surat

Buku ini merujuk kepada pengendalian dan penjagaan yang lazim kepada sebuah alat dan makmal yang digunakan dalam pengajaran dan penyelidikan khasnya di sesebuah universiti atau agensi penyelidikan. Di universiti dan institusi penyelidikan terdapat banyak alat yang digunakan dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Alat yang kini ada di institusi perlu dijaga dengan rapi supaya tidak mengalami kegagalan dan sentiasa memberi hasil mengikut spesifikasi. Sekiranya berlaku kerosakan, langkah pembaikan memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi. Jika alat dilupuskan, perolehan alat baru juga memakan masa dan belanja yang tinggi. Oleh itu tumpuan utama operator alat/Pegawai Sains ialah bagaimana untuk mengguna dan melaksanakan penjagaan supaya setiap alat yang ada dapat menghasilkan data yang berkualiti dan pada masa yang sama mempunyai hayat yang panjang.

Tujuan utama buku ini pertamanya ialah untuk menyediakan panduan asas khusus untuk operator yang sedang dan bakal terlibat dengan alat IR ini sama ada alat ringkas atau yang canggih dan kompleks. Umumnya alat yang ringkas memerlukan penjagaan yang ringkas, begitu jugalah sebaliknya alat yang canggih memerlukan penjagaan yang lebih teliti dan rapi. Kedua kepada penyelia alat khususnya dalam penjagaan alat dan aksesori supaya tidak mengalami kerosakan. Ketiga kepada pihak pengurusan di mana buku ini dapat dijadikan panduan dalam menyediakan speksifikasi sebuah makmal yang cekap dan lengkap dengan keperluan asas dan sokongan supaya alat yang diperolehi dapat dijaga dengan sebaiknya.

Write a review

Please login or register to review

Spektroskopi Inframerah : Aspek Praktikal

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0468471
  • Availability: In Stock
  • RM30.00


Tags: 978-967-0468-47-1