• Pengenalan Kepada STEP-NC

Penulis : Yusri Yusof

Harga : RM 20.00

ISBN : 978-967-0468-11-2

Tahun terbitan : 2013

Bil. muka surat : 93

Buku ini merupakan keluaran pertama edisi Bahasa Malaysia yang memperkatakan mengenai ISO 14649 (STEP-NC). Buku ini memperkenalkan STEP-NC sebagai satu alternatif kepada persekitaran pembuatan dan remedi kepada masalah apabila menggunakan kod G & M sebagai pengaturcaraan mesin. Walaupun penggunaan CNC yang menggunakan kod G & M sudah semakin berkembang maju dan lebih mesra pengguna, dengan kajian yang lebih banyak dan berkesan STEP-NC menjanjikan lebih keuntungan dan kemudahan kepada pengguna. STEP-NC adalah satu bidang yang mempunyai banyak peluang untuk dikaji. Untuk merealisasikan aplikasi STEP-NC terhadap sistem CNC tercapai, kajian memerlukan kerja sama dari pihak pengilang, pengeluar mesin CNC, pembuat perisian CAD-CAPP-CAM, para akademik dan akhirnya pemahaman pengguna terhadap kebolehan STEP-NC. Secara ringkasnya, faedah-faedah STEP-NC dan permasalahan yang dihadapi ketika menggunakan kod G & M dapat menarik perhatian pembaca kepada kebolehan STEP-NC sebagai satu pembuatan pintar.

Write a review

Please login or register to review

Pengenalan Kepada STEP-NC

  • Product Code: 0468112
  • Availability: In Stock
  • RM20.00


Tags: 978-967-0468-11-2