• Lukisan Kejuruteraan Teknik Umum-Ke- Spesifik (UKeS): Whole-to-Parts

Penulis : Zainal Abidin Akasah, Maizam Alias & Liaw Yin Huat

Harga : RM 28.00

ISBN : 978-967-0468-30-3

Tahun terbitan : 2013

Bil. muka surat : 139

Buku ini diterbitkan bagi menambah bahan rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran lukisan kejuruteraan yang menjadi satu subjek penting dalam kebanyakan bidang pengajian dan pekerjaan. Ia mengambilkira atribut psikologi seseorang pelajar iaitu keupayaan envisualisasi ruang yang telah dikenalpasti kepentingannya melalui dapatan kajian masa lalu. Buku ini memberi penekanan kepada pendekatan dari umum-ke-spesifik (whole-to-parts approach) atau singkatannya UKeS. UKeS mengambilkira keperluan menvisualisasi ruang yang menjadi matlamat jangka panjang pendidikan lukisan kejuruteraan. Bahan-bahan di dalam buku ini mengambilkira proses kognitif yang terlibat dalam pembelajaran lukisan kejuruteraan dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek ini. Ia mengambilkira kekuatan otak kanan yang lazimnya dipinggirkan apabila pengajaran pendekatan spesifikke- umum digunakan. Penggunaan bahan dan aktiviti dalam buku ini secara teratur akan dapat meningkatkan minat dan kemahiran terhadap lukisan kejuruteraan serta membantu dalam meningkatkan keupayaan menvisualisasi ruang seseorang iaitu satu keupayaan yang amat penting dalam menentukan kejayaan akademik dan kerjaya pelbagai disiplin.

Write a review

Please login or register to review

Lukisan Kejuruteraan Teknik Umum-Ke- Spesifik (UKeS): Whole-to-Parts

  • Product Code: 0468303
  • Availability: In Stock
  • RM28.00


Tags: 978-967-0468-30-3