• Pembangunan Aplikasi WAP: Pendekatan Praktikal

Penulis : Mohamad Hairol Jabbar & Mohd Helmy Abd Wahab

Harga : 30.00

ISBN : 978-983-2963-78-3

Tahun terbitan : 2009

Bil. muka surat : 191 muka surat

Buku ini membincangkan tentang pembangunan aplikasi WAP melalui pendekatan praktikal. Pembaca dapat mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membangunkan aplikasi WAP. Buku ini memberi fokus kepada penggunaan bahasa XHTML MP untuk membina antaramuka pengguna dan ASP sebagai bahasa pengaturcaraan pihak pelayan untuk membangunkan aplikasi dinamik WAP. Oleh sebab dokumen XHTML MP adalah berasaskan bahasa XML, maka ia dapat dipaparkan pada sebarang pelayar iaitu tidak terhad kepada pelayar WAP sahaja. Selain itu, kita juga dapat menggunakan Wireless CSS bersama XHTML MP untuk membina gaya persembahan yang teratur dan terkawal. Ini merupakan kelebihan utama XHTML MP berbanding bahasa WML. Namun, langkah-langkah pembangunan aplikasi WAP adalah sama bagi kedua-dua bahasa ini. Buku ini ditulis untuk digunakan oleh individu-individu yang berminat dalam pembangunan aplikasi tanpa wayar berasaskan WAP. Ia juga boleh digunakan oleh penuntut di institut pengajian tinggi awam dan swasta. Adalah diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembaca.

Write a review

Please login or register to review

Pembangunan Aplikasi WAP: Pendekatan Praktikal

  • Product Code: 2963783
  • Availability: In Stock
  • RM30.00


Tags: 978-983-2963-78-3