• Isu-Isu Alam Sekitar dan Kelestarian

Authors : Sharifah Meryam Shareh Musa, Haryati Shafii & Seow Ta Wee

Harga : RM 25.00

ISBN : 978-983-5457-98-2

Year of publish : 2012

No. of pages : 193 

Hubungan di antara manusia dengan alam sekitar wujud sejak manusia dilahirkan lagi. Pergantungan manusia terhadap alam sekitar adalah mencakupi segala aktiviti yang berkaitan dengan falsafah kehidupan dan pembangunan manusia. Pergantungan secara langsung ini, sekiranya dalam konteks yang berlebihan akan memberi kacauganggu dan impak yang besar terhadap persekitaran fizikal dan manusia. Kemerosotan alam sekitar telah berlaku secara serius ekoran aktiviti manusia yang mementingkan keuntungan dan menidakkan hak orang lain untuk menikmatinya di masa hadapan. Buku ini membawa pembaca kepada menghayati kepentingan alam sekitar dan melestarikannya serta kepentingan teknologi dalam mengurus. Buku ini memuatkan lapan himpunan makalah yang diusahakan oleh penulis dari latar ilmu yang pelbagai sebagai reaksi mereka terhadap isu-isu alam sekitar dan kepentingan dalam melestarikannya. Pembahagian buku ini kepada Bahagian I membincangkan Isu-isu Alam Sekitar dan Kelestarian dan Bahagian II mengupas Isu-isu Pembangunan dan Teknologi, merupakan konotasi yang digarap kukuh bagi memberi pemahaman yang jelas kepada pembaca tentang kepentingan alam sekitar yang merupakan satu ruang yang dikongsi bersama dan perlu ianya diuruskan dengan baik. Semoga usaha kecil melalui penerbitan buku ini dapat mengisi kelohongan ilmu yang belum diliputi oleh buku lain dan sumbangan ini mampu memberikan manfaat dan memupuk rasa kecintaan terhadap alam sekitar kepada pembaca di luar sana.

 

Write a review

Please login or register to review

Isu-Isu Alam Sekitar dan Kelestarian

  • Product Code: 5457982
  • Availability: In Stock
  • RM25.00


Tags: 978-983-5457-98-2