• Gendang Dongson di Semenanjung Malaysia : Asal-usul dan Signifikan

Author : Adnan Jusoh

Price : RM 40.00

ISBN : 978-967-0468-65-5

Year of publish : 2014

No. of pages : 195 

Ebook version : https://www.e-sentral.com/book/info/96075/gendang-dongson-di-semenanjung-malaysia-asal-usul-dan-signifikan

Buku ini menghuraikan tentang penemuan gendang Dongson di Semenanjung Malaysia. Sejak dari tahun 1926 hingga 1996, sebanyak 8 buah gendang Dongson telah ditemui di beberapa tapak di negara ini. Kesemua objek ini ditemui secara tidak sengaja menyebabkan tidak banyak informasi berkaitannya diperolehi. Buku ini akan mengupas tentang penemuan gendang Dongson di Semenanjung Malaysia khususnya dari aspek asal usul, fungsi, penyebaran, pentarikhan dan kronologi. Turut dianalisis ialah tentang rupa bentuk motif dan pola hiasan yang dipaparkan pada gendang Dongson serta hubungkaitnya dengan sosiobudaya masyarakat Zaman Logam di Asia Tenggara. Di samping itu, sejauhmana signifikannya penemuan gendang Dongson dalam konteks pensejarahan negara ini turut dibicarakan. Buku ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan kepada penyelidik dan penuntut khususnya dalam bidang arkeologi, sejarah dan budaya kebendaan di institusi pengajian tinggi. Selain itu buku ini juga sangat bermanfaat khususnya kepada individu yang berminat dalam kajian dan penulisan tentang arkeologi dan budaya serta peminat sejarah di Malaysia dan Nusantara.

Write a review

Please login or register to review

Gendang Dongson di Semenanjung Malaysia : Asal-usul dan Signifikan

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0468655
  • Availability: In Stock
  • RM40.00


Tags: 978-967-0468-65-5