• Pelancongan Sukan : Konsep dan Kajian Kes

Editor : Jabil Mapjabil

Harga : 45.00

ISBN : 978-967-0468-88-4

Tahun terbitan : 2014

Bil. muka surat : 282 muka surat

Buku Pelancongan Sukan di Malaysia: Konsep dan Kajian Kes ini adalah satu-satunya karya suntingan yang membincangkan tentang perkembangan pelancongan sukan di Malaysia. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian utama. Pertama, konsep dan teoritikal dalam pelancongan sukan dengan mengambil latar senario di Malaysia. Terdapat lima bab di bahagian ini.

 

•              Konsep dan teori dalam pelancongan sukan

•              Pelancongan sukan dan prospek ekonomi di Malaysia

•              Pelancongan sukan dan industri sukan di Malaysia

•              Perspektif Islam terhadap pelancongan sukan di Malaysia

•              Isu penglibatan wanita dalam pelancongan sukan di Malaysia

Bahagian kedua buku ini membincangkan beberapa kajian kes terpilih tentang pelancongan sukan di Malaysia, iaitu Pertandingan Bola Sepak Champions Youth Cup, Mount Kinabalu International Climbathon, Kejohanan Sukan Staf Antara IPTA Malaysia, Pesta Hoki Antarabangsa USM serta  kemudahan sukan dan rekreasi di hotel dan resort.

Karya suntingan ini memiliki kelebihan sebagai sumber rujukan kepada pelbagai pihak dalam meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka terhadap pelancongan sukan dalam aspek yang berikut:

 

•              Takrif, teori, model dan tipologi sarjana Barat dalam pelancongan sukan.

•              Model, tipologi dan kerangka konseptual sarjana tempatan dalam

                pelancongan sukan.

•              Sorotan kajian lepas pelancongan sukan di Malaysia.

•              Kajian kes terpilih pelancongan sukan di Malaysia.

Write a review

Please login or register to review

Pelancongan Sukan : Konsep dan Kajian Kes

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0468884
  • Availability: In Stock
  • RM45.00


Tags: 978-967-0468-88-4