• Pelancongan di Pulau Langkawi : Pembangunan dan Implikasi

Editor : Jabil Mapjabil

Harga : 42.00

ISBN : 978-967-0468-90-7

Tahun terbitan : 2014

Bil. muka surat : 243 muka surat

 

Pulau Langkawi merupakan lokasi yang menjadi tumpuan pengkaji untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang pelancongan. Justeru, keperluan kepada penerbitan hasil karya ilmiah dalam bidang ini adalah signifikan dengan keperluan semasa. Buku ini boleh digunakan oleh pelbagai pihak sebagai rujukan untuk memahami dengan lebih lanjut tentang perkembangan industri pelancongan di sesebuah pulau peranginan dalam konteks pembangunan dan implikasinya. Buku ini memaparkan pelbagai topik tentang pelancongan di Pulau Langkawi berdasarkan hasil penyelidikan semasa serta disokong dengan sumber literatur, statistik dan rajah yang relevan dan terkini. Ia mencakupi beberapa kajian yang berkaitan dengan tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi seperti ekopelancongan, geopark, pelancongan sukan dan pelancongan membeli-belah, selain tarikannya sebagai destinasi pelancongan pulau.

Beberapa bab dalam buku ini seperti isu kitaran hayat pelancongan, impak globalisasi dan aplikasi GIS dalam meneliti perubahan guna tanah pulau didapati amat signifikan dalam konteks kelestarian pembangunan pelancongan pada masa hadapan. Selain itu, buku ini memberikan informasi berguna kepada pihak pemegang taruh termasuk pembuat dasar dalam bidang pelancongan khususnya berkaitan dengan isu implikasi pelancongan, pengalaman percutian pelancong serta penerimaan komuniti tempatan. 

 

Write a review

Please login or register to review

Pelancongan di Pulau Langkawi : Pembangunan dan Implikasi

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0468907
  • Availability: In Stock
  • RM42.00


Tags: 978-967-0468-90-7