• Isu-isu Pengangkutan Darat di Malaysia

Authors : Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil

Price : RM 37.00

ISBN : 978-967-0468-95-2

Year of publish : 2015

No. of pages :  212

Secara umumnya, buku Isu-isu Pengangkutan Darat di Malaysia ini menghimpunkan sembilan buah tajuk tentang peranan dan isu pengangkutan darat dalam pembangunan negara. Pada peringkat pertama, buku ini memuatkan peranan pengangkutan dalam pembangunan negara. Pengangkutan berperanan dalam memajukan kawasan luar bandar, meningkatkan pertumbuhan bandar, membangunkan taraf sosioekonomi penduduk, dan mengurangkan masalah darjah aksesibiliti penduduk ke sesuatu lokasi yang ditujui. Seterusnya, buku ini menjelaskan isu yang muncul dalam sektor pengangkutan iaitu keselamatan dan kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya merupakan salah satu isu yang tidak pernah berhenti diperkatakan oleh masyarakat. Kemalangan jalan raya bukan lagi menjadi isu pengangkutan tetapi telah menjadi isu sosial kepada masyarakat. Kemunculan buku ini sekurang-kurangnya berupaya mengisi sedikit kelompangan keperluan bahan ilmiah tentang pengangkutan yang masih kurang khususnya dalam bahasa Malaysia. Peranan dan isu berkait dengan sektor pengangkutan tidak akan berhenti, ia sentiasa bergerak mengikut masa dan ruang seperti pergerakan pengangkutan juga. Oleh itu, buku Isu-isu Pengangkutan Darat di Malaysia ini memberi gambaran tentang peranan dan isu pengangkutan dengan berfokus kepada Malaysia. Oleh hal yang demikian, buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada ahli akademik, penyelidik, mahasiswa dan masyarakat secara umumnya.

Write a review

Please login or register to review

Isu-isu Pengangkutan Darat di Malaysia

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0468952
  • Availability: In Stock
  • RM37.00


Tags: 978-967-0468-95-2