• Glosari Undang-undang Kontrak

Authors : Goh Sang Seong, Harjit Singh Dalip Singh

Price : RM 32.00

ISBN : 978-967-0764-14-6

Year of publish : 2015

No. of pages : 167

Ebook version : https://www.e-sentral.com/book/info/81398/glosari-undang-undang-kontrak

Malaysia mengamalkan sistem perundangan Common Law. Oleh hal yang demikian, banyak istilah dalam undang-undang kontrak dipinjam daripada bahasa Inggeris. Rentetannya, istilah-istilah tersebut perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu mengikut prinsip penterjemahan dan pembentukan istilah yang ditetapkan oleh MABBIM. Untuk pemadanan istilah dalam Glosari ini, Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1992) dirujuk.

Glosari Undang-Undang Kontrak ini memuatkan pelbagai istilah yang sering dijumpai dalam teks undang-undang kontrak bersertakan penerangan konsep secara ringkas. Melalui maklumat ini, pembaca dapat mengenal pasti padanan istilah bahasa Inggeris, dan konsep asas secara ringkas yang ada pada istilah berkenaan. Bagi pembaca yang berminat untuk mengetahui konsep sesuatu istilah dengan lebih lanjut dan mendalam, Akta Kontrak 1950 boleh dirujuk. Untuk memudahkan pencarian maklumat yang berkaitan dengan padanan Akta, dan rujukan penuh bagi singkatan yang digunakan dalam teks undang-undang kontrak, Glosari ini turut melampirkan senarai Akta dan singkatan yang lazim ditemui dalam teks undang-undang kontrak. Kedua-dua lampiran ini memudahkan pembaca untuk mengenal pasti terjemahan Akta dan maksud singkatan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu.

Glosari ini sesuai digunakan sebagai rujukan asas oleh penterjemah teks undang-undang kontrak dan pelajar universiti dalam bidang pengajian penterjemahan dan undang-undang bagi mendapatkan pengetahuan asas tentang istilah serta padanan istilah undang-undang kontrak.

Write a review

Please login or register to review

Glosari Undang-undang Kontrak

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0764146
  • Availability: In Stock
  • RM32.00


Tags: 978-967-0764-14-6