• Isu-isu Ekonomi dan Kewangan Terpilih

Authors : Nooriah Yusof, Jabil Mapjabil & Sharifah Rohayah Sheikh Dawood

Price : RM 37.00

ISBN : 978-967-0468-38-9

Year of publish : 2013

No. of pages : 250

Buku ini merupakan usaha pertama menggabungkan pelbagai latar disiplin dalam mengkaji isu ekonomi dan kewangan berdasarkan hasil penyelidikan dengan merujuk kepada kajian kes semasa. Buku ini terdiri daripada sembilan bab yang menyelusuri pelbagai isu yang berbeza namun saling berkaitan antara satu dengan lain dengan tema buku ini. Sementara dari segi skop perbincangan pula, lima bab yang pertama membincangkan tentang isu-isu ekonomi yang meliputi ekonomi wilayah, industri, keusahawanan universiti dan ekonomi komuniti pesisir. Bahagian kedua pula menyentuh tentang isu-isu kewangan seperti e-pelaporan kewangan, laporan kewangan berdasarkan piawaian kewangan 101, inovasi perbankan internet dan pengetahuan serta tingkah laku kewangan belia. Justeru, buku ini memiliki kelebihan tersendiri sebagai bahan bacaan yang berguna kepada khalayak yang berminat dengan isu-isu ekonomi dan kewangan semasa. Sehubungan itu, buku Isu-Isu Ekonomi dan Kewangan Terpilih ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pelbagai pihak sama ada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan pengajian tinggi seperti pensyarah, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah mahupun mereka yang terlibat dalam pengurusan dan perlaksanaan dasar yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi. Buku ini juga sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan kepada pendidik dan pelajar di institusi kemahiran dan sekolah menengah.

Write a review

Please login or register to review

Isu-isu Ekonomi dan Kewangan Terpilih

  • Product Code: 0468389
  • Availability: In Stock
  • RM37.00


Tags: 978-967-0468-38-9