• Madrasah Idrisiah Bukit Chandan 1922-2000 : Sumbangan dan Kejayaan

Penulis : Ishak Saat & Mohd Azhar Bahari

Harga : RM 29.00

ISBN : 978-983-5457-19-7

Tahun terbitan : 2010

Bil. muka surat : 126

Peranan dan sumbangan Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak tidak dapat dilupakan sama sekali. Penubuhan madrasah ini mengikut sistem pengajian agama di Mekah. Sistem pendidikan madrasah yang diamalkan jauh lebih sistematik khususnya dari segi organisasi dan pentadbirannya serta mempunyai ciri-ciri persamaan dengan sistem vernakular atau sistem sekolah Inggeris. Sistem pendidikan di Madrasah Idrisiah memiliki sukatan pelajaran yang menyeluruh dalam semua bidang dan ianya mengandungi ilmu yang dikupas secara mendalam. Buku ini membuktikan peranan para umarak atau sultan-sultan dalam proses perkembangan ilmu Islam dalam masyarakat Melayu Islam. Dengan restu dan komitmen mereka, madrasah ini terbina dan terlaksana dengan jayanya. Madrasah Idrisiah dapat berperanan dengan baik atas faktor sokongan, sumber kewangan dan restu penaung agama negeri Perak yang prihatin terhadap perkembangan Islam. Dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Sultan negeri Perak, maka beberapa ulama besar telah dijemput untuk menerajui institusi agama ini dan memacunya ke arah kecemerlangan. Buku ini amat baik untuk tatapan para pengkaji sejarah, pendidik dan pelajar demi untuk menambah ilmu pengetahuan tentang perkembangan Islam di Malaysia.

Write a review

Please login or register to review

Madrasah Idrisiah Bukit Chandan 1922-2000 : Sumbangan dan Kejayaan

  • Product Code: 5457197
  • Availability: In Stock
  • RM29.00


Tags: 978-983-5457-19-7