• Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi: Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Penulis : Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, Hussain Othman & Ahmad Esa

Harga : 180.00

ISBN : 978-983-5457-05-0

Tahun terbitan : 2010

Bil. muka surat : 165 muka surat

Jasa dan sumbangan Tun Abdullah begitu besar dalam usaha membangunkan modal insan negara. Keprihatinan beliau terhadap kepentingan kualiti modal insan negara digambarkan melalui pengenalan slogan cemerlang, gemilang dan terbilang. Slogan ini amat bermakna kepada semua pihak yang dipertanggungjawabkan melaksanakan usaha membina modal insan negara. Kualiti cemerlang, gemilang dan terbilang ini adalah satu tahap pencapaian unggul yang perlu dijadikan matlamat dan hala tuju pembangunan modal insan negara secara individu dan kolektif. Keprihatinan Tun terhadap usaha membangunkan modal insan ini juga tergambar dengan jelas dalam Misi Nasional Negara yang dijadikan sebagai panduan hala tuju utama negara. Pembangunan modal insan adalah antara teras utama dalam melahir dan memperkembangkan ekonomi berlandaskan teknologi dan pengetahuan. Sesungguhnya jasa dan bakti yang beliau curahkan amat besar. Penerbitan buku ini merupakan satu manifestasi penghargaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terhadap seorang negarawan ulung negara, Yang Amat Berbahagia Tun Abdulah Haji Ahmad Badawi.

Write a review

Please login or register to review

Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi: Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

  • Product Code: 5457050
  • Availability: Out Of Stock
  • RM180.00


Tags: 978-983-5457-05-0