• Kedudukan Wakil Rakyat Dalam Sistem Berparlimen Di Malaysia

 

Penerbit : Penerbit UniMAP

Penulis : Malike Brahim

ISBN : 978-967-0922-59-1

Harga : RM 48.00

 

Peranan wakil rakyat sangat penting dalam negara dan perlu difahami secara mendalam bagi mengelak kekeliruan. Pada asasnya, ia memainkan pelbagai tanggungjawab demi memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat dalam kawasan yang diwakilinya. Justeru, wakil rakyat mempunyai banyak komitmen dan urusan pada sesuatu masa. Hal ini belum mengambil kira pelbagai jawatan lain yang dipegangnya dalam agensi-agensi tertentu termasuk badan sukarela. Secara umumnya, aktor politik ini mempunyai kepelbagaian fungsi sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat. Dalam tempoh berkhidmat, wakil rakyat menghadapi pelbagai cabaran berkaitan dengan kepentingan dan keperluan rakyat. Sebarang masalah yang berlaku dalam masyarakat kebiasaannya dirujuk terus kepada wakil rakyat walaupun hal itu sebenarnya di bawah bidang kuasa agensi tertentu dalam kawasan tersebut. Namun, wakil rakyat tetap berusaha menyelesaikannya sebaik mungkin walaupun adakalanya terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri. Begitu kompleksnya peranan wakil rakyat, di mana dapat dilihat dalam badan perundangan, eksekutif, pengurusan organisasi dan parti politik. Justeru, kepelbagaian fungsi yang dimainkan oleh wakil rakyat boleh dikategorikan kepada peranan parliamentari, konstituensi, dalam parti politik, khidmat sosial dan pengawasan. Dalam masa yang sama, wakil rakyat memainkan peranan sebagai ahli politik, pemimpin, pentadbir dan pengurus. Semua itu adalah intipati buku ini ke arah memahami kedudukan wakil rakyat di Malaysia. 

Write a review

Please login or register to review

Kedudukan Wakil Rakyat Dalam Sistem Berparlimen Di Malaysia

  • Product Code: 0922591
  • Availability: Out Of Stock
  • RM48.00


Tags: 978-967-0922-59-1