• Kisah Perjalanan Yang Bernoktah

Editor : Isredza Rahmi A Hamid, Masitah Ahmad, Zuraini Ramli


Harga : RM 54.00


ISBN : 978-967-0061-57-3 


Tahun Terbitan : 2023


Bil. Mukasurat : 236


Buku ini merangkumi 12 buah tulisan, dihasilkan oleh 12 orang penulis yang telah melalui sebuah perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah Doktor Falsafah. Buku ini bukanlah sebuah buku biasa yang menceritakan perjalanan yang sama. Malah, penulis-penulis yang menghasilkan penulisan dalam naskhah ini juga bukan siapa-siapa dan bukanlah penulis yang hebat. Walaupun begitu, garapan dalam naskhah ini adalah karya asli yang lahir daripada hati sanubari setiap penulis. Kisah-kisah dalam buku ini adalah kisah sebenar yang dialami penulis dengan cerita dan pengalaman yang pelbagai semasa menyelesaikan pengajian. Melalui Kisah Perjalanan yang Bernoktah ini, pembaca dihidangkan dengan suka duka, keringat, nikmat, keluhan, kesyukuran dan air mata yang dilalui untuk sampai ke garisan penamat. Naskhah ini persis sebuah manual atau panduan yang dihadapi oleh setiap penulis yang mempunyai cita-cita dan tanggungjawab serta amanah untuk diselesaikan. Selain itu, buku ini juga diharapkan menjadi rujukan kepada mereka yang ingin membakar semangat dalam memulakan perjalanan untuk mendapatkan ijazah. Pengajaran utama yang dipaparkan dalam buku ini adalah setiap yang bermula pasti akan ada penghujungnya. Diharapkan naskhah ini dapat memberikan pedoman dan inspirasi kepada para pembaca yang akan menempuh perjalanan yang sama. Semoga setiap perjalanan anda juga akan berakhir dengan sebuah kejayaan luar biasa di penghujungnya. 

Write a review

Please login or register to review

Kisah Perjalanan Yang Bernoktah

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0061573
  • Availability: In Stock
  • RM54.00


Tags: 978-967-0061-57-3