• Penerokaan Dan Pembangunan Kerangka Pembelajaran Aktif Berasaskan Teknologi Bagi Pelajar TVET

Author : Nur Farha Hassan, Saiullizam Puteh


Price : RM 76.00


ISBN No. : 978-967-0061-60-3


Year of Publication : 2023


No. of Page : 365 Page


Buku ini merupakan sebuah kajian berkaitan pendidikan Teknologi dalam meningkatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pelajar TVET. Melalui buku ini pelbagai kaedah pembelajaran yang dapat di gunakan dalam membantu meningkatkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pelajar ke arah penguasaan teknologi yang lebih berkesan. Bermula dengan latar belakang pembelajaran aktif dan pembelajaran teknologi dalam meningkatkan sistem pendidikan TVET ke arah pendidikan yang selaras dengan perkembangan Industri 4.o. Usaha dilakukan bagi menghasilkan sebuah buku ilmiah berkaitan kaedah pembelajaran yang berkesan untuk dipraktikkan dipraktikan dalam bidangTVET bagi membina kemahiran kebolehkerjaan pelajar dalam persekitaran berteknologi tinggi. Pembelajaran Aktif Berasaskan Teknologi (PABT) adalah satu penyelidikan yang amat menarik untuk dibuatkan kajian lanjut. Di mana topik penyelidikan pembelajaran aktif yang telah lama wujud sejak berabad dalam bidang pendidikan yang sering disuntik dengan pelbagai pembaharuan dari segi teknologi dan inovasi. Perkara ini menunjukkan konsep PABT adalah merupakan sebagai platform pembelajaran yang menggabungkan pelbagai kaedah belajar secara berkumpulan dalam mengaplikasikan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran di dalam kelas. Selain itu, konsep PABT ini memfokuskan kaedah PdP yang menggunakan teknologi dalam menghasilkan pembelajaran aktif bagi meningkatkan pemahaman dalam membentuk kualiti dengan memberi peluang kepada pelajar TVET untuk membina pengalaman sebenar bagi dipraktikkan dalam pekerjaan kelak. 

Write a review

Please login or register to review

Penerokaan Dan Pembangunan Kerangka Pembelajaran Aktif Berasaskan Teknologi Bagi Pelajar TVET

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0061603
  • Availability: In Stock
  • RM76.00


Tags: 978-967-0061-60-3