• Mahir Aplikasi Blogspot dalam 9 Jam

Penulis : Muhamad Rais Abd Halim

Harga : RM 28.00

ISBN : 978-967-0468-94-5

Tahun terbitan : 2014

Bil. muka surat : 105

Ebook version : https://www.e-sentral.com/book/info/47140/mahir-aplikasi-blogspot-dalam-9-jam

Buku Mahir Aplikasi Sosial Blogspot dalam 9 Jam ini diterbitkan sebagai panduan asas penulisan blog secara positif bagi memudahkan komunikasi dan penyampaian yang bagus.

Laman rangkaian sosial seperti Blogspot boleh menjadi alat perhubungan yang berkesan dalam mengeratkan silaturahim dan meluaskan rangkaian sosial. Kepelbagaian fungsi boleh dimanfaat dengan Blogspot termasuklah bertujuan sebagai pembelajaran, mengeratkan hubungan kekeluargaan atau mencari rakan lama yang telah terputus hubungan. Selain daripada itu, ramai juga yang berjaya dengan memasarkan produk mereka secara dalam talian menggunakan Blogspot.

Selaras dengan meningkatnya kesedaran masyarakat dalam penggunaan teknologi maklumat serta perkembangan pesat infrastruktur teknologi ini, laman rangkaian sosial seperti Blogspot semakin penting. Oleh yang demikian, buku ini diharap dapat menjadi asas dalam penggunaan Blogspot dengan lebih berkesan dan berupaya memberi pendedahan kepada penggunaan yang beretika dan tidak melampaui batas.

Write a review

Please login or register to review

Mahir Aplikasi Blogspot dalam 9 Jam

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 0468945
  • Availability: In Stock
  • RM28.00


Tags: 978-967-0468-94-5