• Dilema Pengurusan Persekitaran Pembinaan

Editor : Sharifah Meryam Shareh Musa

Price : RM 36.00

ISBN : 978-967-2389-73-6

Year of Publish : 2020

No. of Pages : 335

Buku Dilema Pengurusan Persekitaran Pembinaan ini membawa pembaca untuk melihat isu-isu pengurusan alam sekitar, bencana dan pengurusan sumber dalam industri pembinaan yang terkini. Keseluruhannya buku ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian pengurusan alam sekitar dan pengurusan sumber dengan 11 bab bagi keseluruhan buku. Perbincangan meliputi aspek-aspek pembangunan dan pembinaan di mana, walaupun pembangunan dan aktiviti pembinaan yang dijalankan penting untuk negara, namun aspek-aspek yang melibatkan pemuliharaan alam sekitar dan penggunaan sumber yang cekap perlu ditekankan agar pembangunan yang dilakukan tidak merosakkan alam sekitar dan penggunaan sumber untuk masa depan tidak terjejas. Hasil dapatan dengan menggunakan data-data empirikal yang mempunyai kesahihan, kebolehpercayaan dan kredibiliti yang tinggi bagi meyokong kajian yang dilakukan dan memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca tentang isu, implikasi dan cabaran dalam merealisasikan sesebuah pembangunan. Sebahagian besar daripada buku ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada pelajar-pelajar dalam bidang pengurusan alam sekitar, pengurusan pembinaan dan kajian kemanusiaan di pusat pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. Buku ini juga boleh digunapakai oleh pelajar pra universiti (tingkatan 6) sebagai rujukan dalam mata pelajaran geografi dan pengajian am selain daripada menjadi bahan bacaan dan sumber rujukan para akademik, penyelidik dan pelajar yang berminat mendalami bidang pengurusan persekitaran dan pengurusan sumber yang berkaitan dalam bidang pembinaan.

Write a review

Please login or register to review

Dilema Pengurusan Persekitaran Pembinaan

  • Product Code: 2389736
  • Availability: In Stock
  • RM36.00


Tags: 978-967-2389-73-6