• Ratu Kekal Anggun Senaman Dan Amalan Wanita Ketika Hamil Dan Berpantang

Author:   Rosediani Muhamad, Nik Rosmawati Nik Husain, Rosnani Zakaria 

ISBN:   978-967-2306-85-6

No. Of Pages:   -

Price:   RM33.00

Year Of Publish:   2019


Buku ini mengupas secara terperinci perubahan proses fisiologi yang berlaku sepanjang kehamilan, bersalin dan berpantang. Proses ini perlu diketahui oleh wanita dan pasangan untuk memahami kesan yang mungkin timbul dalam jangka waktu ini untuk mereka membuat persediaan yang sewajarnya.  Buku ini memperkenalkan aktiviti yang dijalankan di dalam bilik bersalin termasuklah pemilihan penggunaan ubat tahan sakit yang bersesuaian dan teknik meneran yang betul untuk memastikan wanita berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Buku ini juga memberi fokus kepada kehidupan wanita yang sihat dengan memberi penerangan yang terperinci senaman-senaman yang amat baik mereka praktiskan. Buku ini juga mengupas cara pengambilan diet seimbang ketika hamil dan berpantang dan diakhiri dengan sedikit panduan dari sudut spiritual. Bagi wanita, terutama yang bakal menimang cahaya mata kali pertama, maklumat ini sudah pasti akan membantu mereka membuat persiapan awal secara holistik - fizikal, mental dan spiritual. Maklumat ini juga memberi wanita cetusan idea untuk perbincangan lanjut dengan doktor yang merawat, untuk memastikan proses kehamilan dan berpantang berjalan lancar, selamat, dan secara sihat, seterusnya membantu wanita agar kelihatan sentiasa anggun.

Write a review

Please login or register to review

Ratu Kekal Anggun Senaman Dan Amalan Wanita Ketika Hamil Dan Berpantang

  • Brand: Penerbit UTHM
  • Product Code: 2306856
  • Availability: In Stock
  • RM33.00


Tags: 978-967-2306-85-6