Author : Abdul Talib Bon

Price : RM 28.00

Year of Publish : 2003

ISBN : 978-983-2963-01-X


Buku ini ditulis untuk mendedahkan secara realiti masyarakat Orang Asli yang berada di sepanjang laluan dari Tanah Rata di Cameron Highlands hingga ke Kampung Lanai, Kuala Lipis. Dapatan kajian ini adalah hasil daripada program Jelajah Titiwangsa yang telah berjaya dilaksanakan oleh pensyarah dan pelajar yang bertindak sebagai satu kumpulan penyelidik. Buku ini adalah sebagai sebuah bacaan umum yang boleh digunakan sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar skolah, matrikulasi, politeknik, kolej, institut, universiti hinggalah kepada semua individu dan masyarakat yang memerlukan rujukan mengenai Orang Asli.

Kandungan ini agak mudah untuk difahami dengan memuatkan kandungan dari segi teks dan gambar yang berdasarkan daripada pengalaman sebenar penyelidik yang merangkumi peradaban, sosio ekonomi, amalan dan kepercayaan, pendidikan serta kesan terhadap kemajuan teknologi terhadap masyarakat Orang Asli. Penulis telah menyusun topik-topik tersebut dengan jalinan cerita yang menarik dari bab kepada bab yang lain supaya pembaca dapat menghayati penulisan yang di ilhamkan ini.

Write a review

Please login or register to review

Kenali Kami Masyarakat Orang Asli Di Malaysia

  • Product Code: UTHM
  • Availability: In Stock
  • RM28.00


Tags: 978-983-2963-01-X